PERSATUAN Kebangsaan Bagi Pencegahan Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC) melancarkan talian hotline terbaharu untuk mangsa penderaan seksual selepas David White menjadi bekas pemain bola sepak keempat yang mendedahkan menjadi mangsa jurulatih ketika zaman kanak-kanak.
Bekas penyerang Manchester City dan England itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata susulan pendedahan oleh Andy Woodward, Steve Walters dan Paul Stewart dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional berkata jumlah pemain yang menghubungi mereka dengan cerita sama telah mencecah angka dua kali ganda.
NSPCC kini membuka talian hotline khusus untuk pemain bola sepak dengan sokongan Persatuan Bola Sepak England (FA).
Ketua Eksekutif NSPCC, Peter Wanless berkata; "Mesti ada tempat persembunyian untuk penyalahgunaan seksual dalam bola sepak kebangsaan kita dan mungkin lebih ramai lagi yang mengalami mimpi ngeri semasa muda tetapi tidak pernah tampil membuat pendedahan.
"Kita amat mengalu-alukan komitmen FA untuk membantu pemain bola mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan," katanya.