CHELSEA menewaskan Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Sabtu. Tampil di Stadium Stamford Bridge, Chelsea meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan Mauricio Pochettino. Dua gol pasukan Antonio Conte merupakan hasil jaringan Pedro Rodriguez dan Victor Moses, masing-masing pada minit ke-45 dan 51'. Gol tunggal Tottenham Hotspur diraih Christian Eriksen pada minit ke-11. Kekalahan itu merupakan kali pertama buat Tottenham Hotspur pada musim ini. Pasukan tersebut sering meraih mata dalam 11 perlawanan terdahulu. Chelsea menduduki tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris dengan 31 mata, mengungguli lebihan satu mata berbanding Liverpool dan Manchester City pada kedudukan kedua dan ketiga.