suria

Arsenal Tumbang Di Tangan Southampton

SOUTHAMPTON melangkah ke aksi separuh akhir Piala Liga buat pertama kalinya sejak 1987 selepas menjinakkan Arsenal 2-0 pada aksi suku akhir, awal pagi Khamis.

Jaringan Jordy Clasie - gol pertama dirinya bersama kelab  -  dan Ryan Bertrand melonjak semangat Southampton untuk terus menghidupkan peluang memburu trofi kejuaraan itu.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger melakukan 10 pertukaran terhadap skuad yang diturunkan ketika menentang Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Namun percaturan itu tidak menampakkan hasil.

Arsenal beraksi tanpa kelibat Alexis Sanchez, Theo Walcott, Oliver Giroud dan Mesut Ozil.

Southampton yang hanya menang sekali daripada 23 perlawanan ketika bertemu Arsenal dilihat lebih berhak untuk menang.

Mereka akan bertemu Liverpol pada aksi separuh akhir dengan aksi pertama berlangsung di St Mary, 9 Januari depan.

Wenger menyatakan rasa kecewa kerana Arsenal gagal meneruskan kemaraan.

"Saya amat kecewa kerana kami tewas. Kami bermain dengan baik sehingga sekarang. Jika anda lihat pemain, mereka beraksi dengan cemerlang.

"Di bahagian tengah, kami ada Coquelin, Ramsey, Elneny, Xhaka, Perez... Giroud cedera. Kami ada Iwobi, salah seorang pemain skuad utama.

"Tiada masalah. Kami ada pemain yang boleh beraksi di peringkat tertinggi. Namun kami tiada semangat untuk menang perlawanan itu dengan cepat," katanya.

Arsenal, Southampton, Piala Liga

Artikel Sebelum

Artikel Lain