suria

Kane Sambung Kontrak Sehingga 2022 Bersama Spurs

Kane (kiri) bersama pengurus kelab Mauricio Pochettino ketika menandatangani kontrak baharu.

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane komited untuk meneruskan kariernya di kelab ini selepas menandatangani kontrak sambungan sehingga tahun 2022.

"Amat menakjubkan. Semua orang tahu betapa sayangnya saya terhadap kelab ini.

"Satu perasaan yang amat istimewa ketika menandatangani kontrak baharu ini. Kami berada dalam keadaan baik, pemain-pemain muda dan kelab ini menuju ke landasan yang betul ," ujarnya.

Kane,23, kembali bersama kelab ini pada tahun 2011 ketika aksi Liga Europa menentang Hearts dan sejak itu dia telah menjaringkan 70 gol dan mencatat 173 penampilan keseluruhan.

Dengan kontrak baharu untuk lima tahun setengah ini, Kane bakal menerima kenaikan gaji baharu sebanyak 90,000 pound (RM507,299.94) seminggu berbanding 60,000 pound sebelum ini.

Malah penyerang ini dipercayai antara pemain kelab yang menerima bayaran gaji tinggi. Dia juga turut ditawarkan dengan bonus prestasi mingguan lebih 100,000 pound seminggu.

Kontrak sedia ada masih lagi berbaki tiga tahun setengah selepas menandatanganinya pada tahun 2015.  

Sebelum ini, Kane pernah dipinjamkan ke Leyton Orient, Millwall, Norwich dan Leicester City sebelum menjadi pemain utama di Spurs, malah turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sejak dua musim lalu dan menerima anugerah 'Kasut Emas'  pada Mei lalu.

Harry Kane, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ATM Kekal Dalam Liga Perdana 2017

Artikel Lain