suria

Bintang Arsenal Cipta Rekod Dunia

LONDON: Arsenal belum pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara untuk meraih reputasi sebagai antara pasukan terbaik dunia walaupun melayakkan diri dalam kejuaraan itu pada setiap tahun.

Namun sekurang-kurangnya para penyokong dan jurulatih kelab itu, Arsene Wenger masih boleh berbangga apabila pemain bintangnya, Theo Walcott berjaya mencatat rekod dunia Guinness pada Jumaat.

Dalam cabaran itu, Walcott mencatat rekod dalam kategori 'mengawal bola yang dijatuhkan dari altitud tinggi' dan perlu mengimbangi bola tersebut sebanyak lima kali tanpa terjatuh di tanah.

Selain Walcott, rakan sepasukannya, Laurent Koscielny, Nacho Monreal dan Francis Coquelin turut mencuba nasib naum gagal menyaingi kehebatan penyerang England itu.

Berdasarkan catatan, Walcott berjaya mengimbangi bola yang jatuh dari ketinggian 34 meter, lebih dua meter berbanding rekod yang dicatat oleh John Farnworth yang kemahiran gaya bebas.

"Cabaran ini nampak mudah jika bola dijatuhkan pada ketinggian 25 meter tetapi apabila paras altitud ditingkatkan, maka cabaran sebenar mula dirasai oleh pemain.

'Tahniah Theo kerana memecahkan rekod dunia," kata juri Guinness, Pravin Patel.


Arsenal, Theo Walcott, Guinness

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain