suria

Serba Tidak Kena - Ranieri

PENGURUS Leicester City, Claudio Ranieri mengaku serba tidak kena dengan skuad juara bertahan ini selepas tewas dengan pasukan paling tercorot, Sunderland pada aksi liga Sabtu malam.

Kekalahan 2-1 di tempat lawan itu membuat Ranieri semakin pening dengan barisan pertahanannya yang gagal mempamerkan aksi seperti musim lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan Ranieri hanya mencatat satu kemenangan daripada tujuh perlawanan setakat ini sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-15 liga dan semakin menghampiri zon penyingkiran.

Sebaliknya, Sunderland mampu menarik sedikit nafas lega apabila dapat meninggalkan tercorot mereka dengan mara ke posisi 18 walaupun masih belum selamat.

"Ia sangat sukar. Kami melepaskan semuanya. Musim lalu, semuanya di landasan sempurna sejak awal musimn dengan diiringi tuah, namun musim ini, semuanya tidak kena.

"Kami perlu kekal bersama walaupun berada dalam situasi baik ataupun buruk.

"Lihat, kami bermain sama tahap seperti dalam aksi Liga Juara-Juara, tetapi dalam Liga Perdana, pihak lawan berpeluang menjaringkan gol dan kami melepaskan saat itu.

"Tetapi dalam Liga Juara-Juara, pihak lawan terlepas peluang dan kita menjaringkan gol.

"Sukar untuk menjelaskan semuanya, namun realitinya kerana kekuatan dan usaha kami sendiri," jelas Ranieri.

Sunnderland, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Lain