BEKAS kapten England, Rio Ferdinand menawarkan khidmatnya sebagai jurulatih pertahanan kepada lembaga West Ham. Kelab di bawah pengurus Slaven Bilic itu meraih 29 gol dalam 14 perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini. West Ham bagaimanapun tewas di tangan Arsenal dengan 1-5 pada permainan Sabtu lalu. Tugas Bilic tidak begitu terancam tetapi kebimbangan itu dapat dilihat dengan permulaan yang lemah buat pasukannya pada musim ini. West Ham ketika ini berada pada kedudukan ke-29 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata. Ferdinand, 38, yang memulakan kerjayanya di West Ham bersedia membantu Bilic bagi mengatasi kelemahan itu. Bilic dan Ferdinand merupakan rakan sepasukan 10 tahun lalu, tetapi tidak dipastikan sama ada pengurus West Ham menerima tawaran bantuan tersebut. Bilic selepas berakhirnya perlawanan dikalahkan Arsenal berkata: "Saya rasa sangat berani sebagai individu dan pengurus. Saya mahu mengubahnya dan difikirkan bahawa kita boleh mengubahkannya. "Saya sangat kecewa dan malu. Saya minta maaf kepada penyokong, kelab dan semua yang berkaitan dengan West Ham, kerana keputusannya sangat teruk," ujarnya. - Mail Online