PEMAIN tenis No.2 dunia, Novak Djokovic mengumumkan 'perpisahan' dengan jurulatihnya Boris Becker selepas hilang takhta nombor satu dunia musim ini. Sepanjang bersama jurulatih dari Jerman itu, Djokovic berjaya merangkul enam gelaran Grand Slam sejak 2013. Namun Becker dilaporkan kecewa dengan sikap Djokovic yang mula menunjukkan perubahan apabila lebih mendengar arahan daripada guru Pepe Imaz sejak kebelakangan ini. Menurut Djokovic: 'Sasaran yang kami buat sejak mula bersama sudah tercapai dan saya mahu berterima kasih kepadanya di atas kerjasama, dedikasi dan komitmen yang diberi. "Selain itu, saya bercadang mahu terus mengekalkan tahap permainan yang baik dengan jadual yang sempurna bagi mencapai sasaran musim depan. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk keputusan masa depan.' Sementara itu, Becker berkata: "Saya gembira dalam tempoh tiga tahun bersamanya, sangat teruja. Saya tetap akan meneruskan usaha saya pada masa depan. "Tidak ada perasaan kesal dan ianya adalah sesuatu perjalanan yang sukar dipercayai".