GOL minit akhir pemain pasukan lawan Marco Reus menjadikan Real Madrid terpaksa terikat seri 2-2 dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara ketika menentang Borussia Dortmund. Di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi Khamis, Borussia Dortmund cuba menyamakan kedudukan pada saat kritikal apabila Real Madrid hampir memperoleh kemenangan 2-1 sebelum itu. Karim Benzema mencatatkan jaringan berganda buat Real Madrid pada minit ke-28 dan 53'. Tujuh minit kemudian, penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada minit-60. Gol saat akhir Bourssia Dortmund pula menerusi aksi Marco Reus. Keputusan itu bakal menyaksikan Real Madrid menyertai Bayen Munich untuk bersaing dengan Arsenal dan Leicester selepas kedua-dua kelab Inggeris itu mendahului kumpulan masing-masing.