STEFANO Okaka menjaringkan dua gol untuk Watford ketika pasukan itu menewaskan Everton 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road, malam Sabtu. Bekas penyerang Roma itu beraksi pada penampilan kelimanya bersama Watford musim ini. Okaka menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-36 selepas Romelu Lukaku membuka jaringan awal buat Everton seawal minit ke-17. Watford bagaimanapun terus berada di depan menerusi gol Sebastian Podl pada minit ke-59 sebelum Okaka melengkapkan gol ketiga lima minit kemudian. Everton cuba merapatkan jurang mata menerusi jaringan Lukaku ketika perlawanan berbaki empat minit. Namun Everton terus buntu mencari peluang untuk mengikat tuan rumah dan kedudukan kekal 3-2 sehingga wisel penamat dibunyikan. Kemenangan itu meletakkan Watford di tempat ketujuh liga manakala Everton kelapan dengan perbezaan satu mata.