suria

Azpilicueta Ikat Kontrak Baharu Bersama Chelsea

PEMAIN pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun setengah di Stamford Bridge.

Dengan perjanjian baharu itu, Azpilicueta akan menyarung jersi The Blues sehingga 2020.

Azpilicueta menyertai Chelsea dari Marseille pada musim panas 2012.

Dia pernah membantu kelab menjulang trofi Liga Juara-Juara, Piala Capital One dan Liga Perdana Inggeris.

Azpilicueta, 27, memulakan kariernya di Stamford Bridge sebagai pemain bek kanan sebelum diletakkan di bek kiri di mana dia membantu Chelsea memenangi aksi liga pada musim 2014-2015.

Namun, sejak Pengurus Antonio Conte meletakkan tiga pemain di bek belakang, Azpilicueta menjadi pemain pilihan utama untuk mengisi posisi tersebut.

"Saya amat gembira kerana menandatangani kontrak baharu. Sejak tiba di sini, sasaran utama saya adalah untuk menjadi pemain yang lebih matang dan membantu pasukan memenangi lebih banyak trofi.

"Kontrak baharu ini memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kerjasama bersama kelab yang saya sayangi," kata Azpilicueta.









Cesar Azpilicueta, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain