suria

MASOC Keluarkan Produk Persekolahan Edisi Khas Sempena Sukan SEA 2017

PETALING JAYA: Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (MASOC) buat julung kalinya mengeluarkan edisi khas barangan sekolah bertemakan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 sempena musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Berdasarkan kenyataan MASOC, edisi khas tersebut dikeluarkan memandangkan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada temasya sukan tersebut pada tahun depan.

Jelas kenyataan tersebut, barangan persekolahan yang dihiasi dengan maskot rasmi Kuala Lumpur 2017 iaitu ‘RIMAU’, bukan sahaja dibuka untuk pembelian secara berasingan, tetapi juga dijual secara set yang memberikan penjimatan ke atas pembelian.

Selain itu jelas kenyataan berkenaa, diskaun antara 10 hingga 20 peratus turut diberikan sekiranya tempahan dibuat sebelum 23 Disember ini.

"Sebanyak 20 jenis barangan persekolahan dikeluarkan sempena temasya sukan tersebut, antaranya adalah beg galas, bekas pensil, buku catatan, dan sebagainya.

"Kuantiti bagi produk rasmi temasya itu adalah terhad khusus untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9," tambah MASOC.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Media MASOC, Fahmi Omar berkata, jumlah produk yang dikeluakan tidak akan menjadi isu memandangkan barangan tersebut merupakan edisi terhad.

"Insya-Allah setiap tempahan akan ditunaikan dan edisi terhad itu lebih dijadikan sebagai koleksi untuk golongan pengumpul barangan terhad," katanya.

Selain itu, Fahmi berkata, MASOC merancang untuk mengeluarkan produk rasmi Kuala Lumpu 2017 yang lain.

“Barangan lain masih lagi dalam perancangan, tetapi ia tidak khusus kepada barangan sekolah sahaja. Ia akan lebih meluas lagi seperti patung maskot yang akan mulai dijual secara berperingkat mulai tahun hadapan,” katanya.

Tempahan barangan edisi terhad Kuala Lumpur 2017 hanya boleh dibuat menerusi laman web www.kualalumpur2017.com.my, tertakluk kepada terma dan syarat.

MASOC, Sukan SEA

Artikel Lain