suria

Swansea Pecat Pengurus Hanya Selepas 11 Perlawanan

Bob Bradley. -fotoREUTERS
SWANSEA City telah memecat ketua jurulatih Amerika, Bob Bradley hanya selepas mengendalikan 11 perlawanan.

Bradley telah mengambil alih kelab itu dari Francesco Guidolin pada awal bulan Oktober dan ia dilihat sebagai satu keputusan yang mengejutkan.

Namun, Bradley telah menikmati masa yang sangat mengecewakan apabila bertanggungjawab terhadap kelab Wales itu.

Kekalahan 4-1 kepada West Ham di Stadium Liberty pada Boxing Day menjadi kekalahan ketujuh Swansea dalam 11 perlawanan di bawah Bradley dan menyebabkannya berdepan ancaman penyingkiran.

"Kami ingin memohon maaf atas kehilangan Bob selepas tempoh masa yang singkat,'' kata Pengerusi Swansea, Huw Jenkins.

"Malang sekali apabila yang berlaku tidak seperti yang dirancang dan kami merasakan terpaksa membuat perubahan dalam separuh musim Liga Perdana yang tinggal.

"Kelab kini sedang melalui masa yang sukar, kami perlu mencuba dan mencari jawapan untuk mencari jalan keluar daripada masalah itu.

"Secara peribadi, saya mempunyai memuji Bob," kata Jenkins.

"Dia seorang lelaki yang bagus, seorang yang baik dan memberikan segala-galanya untuk tugasnya. Taraf kerjanya adalah luar biasa dan kami mengharapkan dia terus maju pada masa akan datang.

Swansea kini berada di posisi ke-19 (12 mata), satu anak tangga di atas Hull City yang berada di posisi tercorot carta Liga Perdana Inggeris.

Swansea, pecat pengurus, Bob Bradley

Artikel Berikut

Artikel Lain