suria

Murray Mahu Pakai 'But' Selepas Bersara

SIR Andy Murray mendedahkan  perancangannya selepas bersara dengan melibatkan diri dengan sukan bola sepak.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata, dia merancang untuk memakai 'but' selepas menggantung raketnya.

Murray yang dijangka meneruskan aksi cemerlang musim ini dengan merangkul trofi kejuaraan mendedahkan selain merancang untuk menjadi jurulatih tenis, ada bidang lain yang bakal diceburinya.

"Saya mahu melakukan sesuatu dalam sukan bola sepak. 

"Saya banyak menonton perlawanan bola sepak, dan banyak berfikir untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

"Sudah tentu pada satu tahap saya mahu mencuba menjadi jurulatih (tenis), namun bukan dalam masa terdekat selepas bersara.

"Saya juga mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan melihat anak saya membesar," jelasnya.

Murray yang mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi terpilih sebagai pemenang Anugerah Personaliti Sukan BBC buat kali keliga kembali memanaskan gelanggang musim ini dengan aksi Terbuka Qatar minggu lalu.

Dia berjaya mara ke final, namun tewas kepada pesaing utamanya, Novak Djokovic.

Dalam pada itu, Murray bakal mempertahankan gelaran pemain No.1 dunianya pada Terbuka Australia bermula minggu hadapan jika bintang Serbia Djokovic gagal layak ke separuh akhir kejuaraan ini.

Andy Murray, No.1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain