Keputusan ini sekali gus membawa Barca mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 4-3.
Dalam perlawanan pertama di Stadium San Mames, 5 Januari lalu, Barca kalah 1-2 kepada Bilbao.
Bagaimanapun Barca dijangka berdepan laluan sengit untuk perlawanan Copa del Rey seterusnya.
Mereka bakal berdepan pemenang antara Real Madrid atau Sevilla di mana dalam perlawanan pertama pada 4 Januari lalu, Madrid menang 3-0 di Santiago Bernabeu.
Barcelona membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi Suarez yang memanfaatkan umpan lambung Neymar dari bahagian kanan. Keputusan 1-0 kekal sehingga babak pertama tamat.
Babak kedua menyaksikan Barca tampil menyerang. Pada minit ke-47, Barca mendapat hadiah penalti setelah Neymar dijatuhkan oleh Eneko Boveda dan penyerang Brazil itu berjaya mengaburi penjaga gawang Bilbao, Gorka Iraizoz.
Bilbao mendapat gol sagu hati pada minit ke-51 menerusi Saborit, menjadikan kedudukan agregat 3-3.
Lionel Messi menjadi penyelamat Barca menerusi tendangan bebas ke gawang lawan, sekali gus mencatatkan kemenangan untuk pasukannya.