MANCHESTER United bersetuju untuk menyambung kontrak Marouane Fellaini selama setahun. Biarpun sentiasa diletakkan sebagai pemain simpanan dalam skuad Jose Mourinho, pemain antarabangsa Belgium itu turut menggunakan peluang yang diberi dengan menjaringkan gol kedua pada aksi kemenangan 4-0 ke ke atas Hull City ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Selasa lalu. Kontrak baharu Fellaini ini bakal berakhir 2018. Menurut Mourinho, Fellaini mempunyai mental yang amat kuat dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. "Dia tahu, dia adalah pemain penting kepada saya," jelas Mourinho ringkas. Fellaini tiba di Old Trafford dari Everton dengan kontrak selama empat tahun bersama pilihan penyambungan selama setahun serta nilai perpindahan 27.5 juta pound (RM149.29juta) pada tahun 2013.