suria

Wei Feng Tempah Slot Ke Pusingan Ketiga

SIBU: Pemain perseorangan lelaki dari Malaysia, Chong Wei Feng terus menampilkan aksi cemerlang apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Victor Far East Malaysia Masters, Rabu.

Pemain bukan pilihan itu menewaskan pemain Indonesia, Henrikho Kho Wibowo21-15, 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu.

Wei Feng akan berdepan seorang lagi pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di pusingan ketiga esok, untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Khamis ini.

Anthony pula menempah slot ke pusingan ketiga selepas menumpaskan pemain Malaysia, R. Satheishtharan 21-14, 21-14.

Pemain lain yang turut mara ke pusingan ketiga ialah Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong, Pannawit Thongnuam (Thailand), Wisnu Yuli Prasetyo (Indonesia), Chen Chun-Wei (Taiwan), Muhammad Bayu Pangisthu (Indonesia), Angus Ng Ka Long (HongKong).

Selain itu, Ihsan Maulana Mustofa (Indonesia), Jonatan Christie (Indonesia), Shesar Hiren Rhustavito (Indonesia), Ajay Jayaram (India), Tommy Sugiarto (Indonesia), Lee Hyun Il (Korea Selatan) dan Tan Jia Wei dari Malaysia.

Dalam kategori perseorangan wanita pula, mengetuai cabaran mara ke pusingan kedua ialah pemain terkemuka dari India, Saina Nehwal; Hanna Ramadini (Indonesia), Sonia Cheah (Malaysia), Hsu Ya Ching (Malaysia), Lee Ying Ying (Malaysia), Yio Pui Yin (Hong Kong).

Febby Angguni (Indonesia), Pompawee Chocuwong (Thailand), Chiang Mei Hui(Taiwan), Dinar Dyah Ayustine (Indonesia), Beatriz Corrales (Sepanyol), Lee Chia Hsin (Taiwan), Goh Jin Wei (Malaysia), Lim Yin Fun (Malaysia) dan Cheung Ngan Yi(Hong Kong).

Kejohanan berkenaan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak  US$120,000. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Xabi Alonso Umum Bersara

Artikel Lain