MANCHESTER United sudah bersetuju untuk melepaskan pemain sayap Memphis Depay ke kelab Ligue 1, Olympique Lyon. Sebelum ini, Memphis memang sudah disebut-sebut akan meninggalkan Old Trafford dalam jendela perpindahan pada Januari. Pengurus United, Jose Mourinho juga dilaporkan bersedia melepaskan pemain berusia 22 tahun ini di mana Memphis sebelum ini bergelut untuk menyesuaikan diri dengan United dan tidak diberi banyak peluang sejak kedatangan Mourinho. Lyon menjadi kelab yang paling serius untuk mendapatkan Memphis. Terkini Sky Sports mendakwa bahawa United telah bersetuju untuk melepaskan Memphis ke Lyon dengan nilai perpindahan dipercayai mencecah £16 juta sebagai bayaran awal. Nilai ini mungkin akan meningkat hingga £21.7 juta, bergantung kepada kejayaan Lyon untuk mara ke Liga Juara-Juara pada musim depan. Dalam klausa kesepakatan ini, United juga memiliki pilihan untuk pembelian semula. Memphis, dari Belanda dikhabarkan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Parc Olympique Lyonnais sebelum akhir minggu ini dan sudah bersetuju dengan kontrak selama empat setengah tahun.