SOUTHAMPTON menundukkan Leicester City 3-0 untuk naik ke tangga ke-11 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary, malam Ahad.
Pasukan tuan rumah mempamerkan aksi bertenaga menerusi jaringan James Ward-Prowse pada minit ke-26.
Tuah ternyata mengiringi Southampton apabila terus mendahului menerusi jaringan Jay Rodriguez pada minit ke-39.
Pada babak kedua, Dusan Tadic melengkapkan gol ketika menerusi sepakan penalti.
Southampton dihadiahkan sepakan penalti selepas kapten Leicester, Morgan menjatuhkan Long.
Dengan kekalahan itu, Leicester menduduki tangga ke-15, hanya dibezakan lima mata di depan pasukan yang menduduki zon penyingkiran.