JUARA dunia tiga kali, Lewis Hamilton mahu peminat-peminat mencipta sebuah topi keledar baharu dan pelumba Mercedes itu akan memakainya bagi saingan F1 musim depan.
Peraduan mencipta topi keledar itu telah mula dibuka.
Peminat-peminat yang mahu menyertai peraduan ini supaya memuat naik contoh rekaan di laman Instagram masing-masing.
Pemenang peraduan ini turut akan menerima replika topi keledar rekaannya bersama tandatangan pelumba Britain itu.
Ini bermakna, Hamilton akan memakai topi yang direka peminatnya sepanjang kempen perlumbaan.
Mengikut peraturan F1, setiap pelumba akan memakai topi yang dipilih sepanjang musim dan hanya diberi satu peluang untuk memakai topi keledar istimewa dalam satu perlumbaan pilihan sendiri.