PEMAIN tengah Manchester United Michael Carrick akan tamat kontrak pada akhir musim ini dan selama ini mendapat bayaran sekitar £130,000 seminggu. Tetapi The Sun mendakwa kelab itu mahu Carrick untuk menerima gaji sebanyak £70,000 seminggu. Sumber United memberitahu akhbar itu: "Carrick mungkin diminta untuk menerima pengurangan gajinya untuk memastikan satu perjanjian lain dapat dimeterai. "Dia mahu kekal dan Jose Mourinho telah memberitahu ahli lembaga perkara yang sama. Dia menerima gaji besar di sini dan ia perlu dipotong. "Pengaruh dan pengalaman Carrick dalam United tidak dapat dinafikan, dia seorang pemain utama untuk pasukan." Jose Mourinho telah menyatakan dengan jelas kepada pengurusan tertinggi bahawa beliau mahu pemain berusia 35 tahun itu kekal untuk musim seterusnya. Ahli lembaga menghormati hasratnya, tetapi menawarkan gaji yang lebih kecil untuk dipersetujui oleh bekas pemain antarabangsa England itu. Laporan itu mendakwa Ryan Giggs, Paul Scholes dan Rio Ferdinand terpaksa menerima pemotongan gaji dalam beberapa tahun terakhir mereka di Old Trafford dan United berharap Carrick akan bertindak sama.