CHELSEA berjaya menundukkan Arsenal dengan 3-1 di kubu sendiri di Stamford Bridge, London dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam. Kemenangan The Blues diraih menerusi jaringan tiga jaguh, Marcos Alonso, Eden Hazard dan Cesc Fabregas. Permainan dimulakan dengan gol Alonso pada minit ke-13. Dua lagi gol Chelsea hasil jaringan Hazard (53') dan Fabregas (85'). Gol tunggal Arsenal pula menerusi aksi Olivier Giroud pada minit ke-90. Prestasi cemerlang Chelsea menjarakkan 12 mata dengan dua pesaingnya, Tottenham dan Arsenal. Chelsea terus mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 59 mata, manakala Arsenal bertahan di tangga ketiga menerusi 47 mata. Tottenham yang turut mencatatkan 47 mata di tempat kedua liga.