WAJAH Paul Pogba ada di mana-mana dan kini terpampang di but pemain Manchester United itu sendiri. Pemain bola sepak termahal di dunia itu beraksi dengan memakai but yang memaparkan emoji Twitter wajahnya dalam perlawanan Manchester United menentang Leicester City, awal pagi Isnin. Pogba yang juga pemain Perancis itu mendapat banyak sokongan peminatnya secara dalam talian sehinggakan emoji Twitter rasminya dilancarkan baru-baru ini. Bagaimanapun, sokongan yang banyak itu tidak menghalang Pogba untuk terus 'mempromosikan' dirinya dengan mencetak emoji berkenaan pada but yang dipakainya. But berkenaan sekali gus menarik perhatian ramai terutama di kalangan netizen yang memuji malah ada juga mempersoalkan tindakan tersebut. - Mirror