suria

Shah Firdaus Raih Gangsa Acara Keirin Di India

KUALA LUMPUR: Pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat gangsa acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Asia (ACC) 2017 di Arena Indira Gandhi di New Delhi, India, Isnin.

Pelumba berusia 22 tahun itu memberi tentangan sengit sebelum dua pelumba Jepun, Yuta Wakimoto dan Kazunari Watanabe melintasi garisan penamat untuk masing-masing meraih pingat emas dan perak.

Sementara itu, jaguh negara, Mohd Azizulhasni Awang sekadar menduduki tempat kesembilan dalam acara yang sama.

Muhammad Afiq Huznie Othman pula sekadar menduduki tangga keenam bagi acara scratch elit lelaki manakala bagi acara scratch remaja lelaki pula, Zulhelmi Zainal berada di tempat ketujuh. - BERNAMA

Shah Firdaus

Artikel Sebelum

Artikel Lain