suria

Griezmann Semakin Hampir Sertai United

Antoine Griezmann.

PERPINDAHAN Antoine Griezmann ke Manchester United semakin hampir selepas penasihat imejnya, Sebastien Bellencontre mendakwa Old Trafford merupakan kelab yang paling sesuai untuk penyerang Atletico Madrid itu.

Menurut Bellencontre, Griezmann mahu mengikut jejak langkah idolanya, David Beckham dengan menyarung jersi No. 7 di Theatre of Dreams.

SunSport mendedahkan pada Disember lalu bagaimana United bersedia membayar bidaan 60 juta pound untuk mendapatkan khidmat bintang Perancis itu.

Bellencontre memberitahu majalah So Foot: "Apabila saya membawa artikel mengenai perpindahan hipotetikal ke Manchester United, saya fikir ia akan menjadi senario perdagangan yang sempurna."

"Beliau akan bermain di bekas kelab David Beckham yang juga idolanya dengan nombor jersi yang sama di belakangnya."

Jersi No.7 pernah disarung oleh beberapa legenda United seperti Beckham, George Best, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo.

Namun jersi dengan nombor itu kini tiada pemakainya kerana Memphis Depay telah dijual kepada Lyon pada bulan lalu.

Jose Mourinho percaya Griezmann, 25, merupakan senjata utama dicari-cari United selama ini yang dilihat berupaya menghidupkan peluang mencabar kejuaraan musim ini.

Adik Antoine, Theo turut menghantar mesej di Twitter menyebut United termasuk menulis satu ucapan penghormatan kepada mangsa Bencana Munich Air.

Minatnya untuk beraksi di bawah pimpinan Mourinho semakin kuat dan perpindahan itu turut disokong rakan senegaranya, Paul Pogba.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain