DEPORTIVO Alaves berjaya mengalahkan Celta Vigo 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey, awal pagi Khamis. Kemenangan ini melayakkan Alaves ke final dengan agregat 1-0. Dalam perlawanan puncak, Alaves akan menentang juara bertahan Barcelona yang telah mengalahkan Atletico Madrid dengan agregat 3-2, awal pagi Rabu. Final Copa del Rey ini menjadi yang pertama bagi Alaves, sekali gus menjadi perlawanan terbesar mereka sejak kalah dengan Liverpool di final Piala UEFA 2000/2001. Perlawanan berlangsung di markas Alaves, di Stadium de Mandizorroza. Pemain pengganti Edgar Mendez menjadi wira Alaves dengan meledakkan gol tunggal pada minit ke-82. Alaves bermain lebih baik dengan 46 peratus penguasaan bola, 14 percubaan (tiga tepat ke gawang) berbanding Celta yang membuat sembilan percubaan (tiga tepat ke gawang).