suria

Man United Mara Ke Suku Akhir Piala FA

Marcus Rashford menjaringkan gol buat Manchester United di Stadium Ewood Park di Blackburn, England. Foto Reuters

MANCHESTER United mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Blackburn Rovers 2-1 di Stadium Ewood Park, Blackburn, England, awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan pusingan kelima itu menyaksikan dua gol Manchester United diraih Marcus Rashford pada minit ke-27 dan Zlatan Ibrahimovic (75').

Walaupun tampil sebagai pasukan tamu, Manchester United dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Malah pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu juga memperoleh banyak peluang dalam melancarkan serangan.

Bagaimanapun, hanya tiga tendangan menuju ke arah gawang, manakala yang lain berdepan dengan kesulitan di pihak lawan.

Blackburn yang berdepan lebih banyak tekanan tampil mencatatkan gol terlebih dahulu, menerusi aksi Danny Graham pada minit ke-17.

Keputusan yang berakhir dengan 2-1 menyaksikan Manchester United turut bersaing dengan Lincoln City, Millwall, Middlesbrough, Chelsea dan Tottenham Hotspur yang memperoleh tiket ke pusingan suku akhir Piala FA.

Dua tiket lagi akan diperebutkan oleh Sutton United yang berdepan Arsenal, dan Manchester City menentang Huddersfield Town yang perlu melakukan perlawanan kedua selepas skor terikat seri 0-0.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain