Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei yang baru pulih daripada kecederaan juga perlu lebih berhati-hati dalam setiap kejohanan yang disertainya.
"Saya harap beliau tidak terburu-buru supaya beliau betul-betul pulih dan mengambil kira kejohanan ini melibatkan cabaran sengit daripada pemain-pemain bertaraf dunia," kata Norza, di sini Rabu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri forum 'The Champion's Blueprint' kendalian Dr Jeff Spencer sempena Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA di TPC Kuala Lumpur.
Beliau dilapor menerima kebenaran daripada doktor, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara Sandra Fiedler serta jurulatih untuk beraksi di All England kali ini walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu.
Pemain nombor satu dunia itu yang disenaraikan pilihan utama perseorangan lelaki pernah meraih juara All England pada edisi 2010, 2011 dan 2014.