suria

Mourinho Bengang Padang Di Rostov Teruk

PERLAWANAN pusingan 16 pasukan Liga Europa di antara Manchester United dan Rostov akan tetap berlangsung biarpun Jose Mourinho tidak berpuas hati dengan keadaan padang lawannya itu.

Mourinho yang menggelar saingan 16 pasukan ini sebagai 'undian buruk dalam setiap aspek' mendedahkan perasaan tidak berpuas hatinya terhadap permukaan padang Stadium Olimp-2 menjelang aksi pertama bertemu Rostov.

Malah Mourinho turut membuat perbandingan di antara padang Rostov dan Stadium Sarang Burung di Beijing yang dibatalkan perlawanan persahabatan awal musim sebelum ini.

Pun begitu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) percaya perlawanan akan diteruskan seperti yang dijadual sebelum ini.

"Pemeriksaan padang telah dibuat pada Rabu oleh pegawai-pegawai perlawanan.

"Keadaan permukaan mungkin tidak sempurna, tetapi ia boleh digunakan. Perlawanan akan tetap dijalankan seperti dalam jadual," jelas satu kenyataan UEFA pada Khamis.




Dalam pada itu, Mourinho sukar untuk menerima keputusan untuk meneruskan perlawanan di padang tersebut.

"Sukar untuk saya menerima kenyataan bahawa kami akan terus bermain di situ.

"Saya sedar kami perlu bermain, tetapi ia agak susah untuk terima hakikat akan beraksi di padang seperti itu - jika anda memanggilnya padang.

"Malah saya tidak tahu pasukan mana yang akan bermain dan tidak pasti jika Henrikh Mkhitaryan beraksi atau sebaliknya," jelas Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain