Chong Wei bermula baik pada awal perlawanan bagaimanapun ketinggalan lapan mata sebelum tewas pada set pertama 10-21 dan bangkit dalam dua set seterusnya dengan catatan 21-14 dan 21-9.
Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Supersport, Chong Wei mendapat sokongan padu daripada peminat Malaysia dan tempatan pada perlawanan yang berlangsung di Barclaycard Arena itu.
Pemain nombor satu dunia itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam pertemuan dengan pemain nombor sembilan dunia itu.
Menanti Chong Wei di final adalah pemain China sama ada musuh tradisinya Lin Dan atau Shi Yuqi.
Kedua-dua pemain itu bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir malam ini (awal pagi esok waktu Malaysia).
Turut beraksi lewat malam ini (waktu Malaysia) adalah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang dijadualkan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.