Menyambut Atalanta yang sebelum perlawanan berlangsung berada satu anak tangga di atasnya, Inter Milan menang 7-1 dalam pertandingan di Stadium Giuseppe Meazza.
Mauro Icardi dan Ever Banega telah menjadi wira dalam kemenangan Inter dengan mencatat hatrik.
Icardi yang juga kapten pasukan meledakkan gol pada minit ke-17, ke-23 dan ke-26.
Ini bermakna tuan rumah sudah unggul 5-1 pada separuh masa pertama berkat gol tambahan Banega (31' dan 34').Banega kemudian mengikut jejak Icardi dengan melakukan hatrik menerusi gol ketiganya pada minit ke-68.
Gol itu diperolehi selepas, seorang lagi rakan sepasukannya, Gagliardini menambah gol pada minit ke-52, menjadikan kedudukan 6-1.
Terdahulu, pemain Atalanta Remo Freuler berjaya meledakkan satu gol pada minit ke-42.
Dengan kemenangan ini, Inter Milan naik ke posisi keempat dengan 54 mata dari 28 perlawanan.
Mereka unggul satu mata di atas Lazio dan dua angka di atas Atalanta (tempat ke-6).
Puncak Serie A dikuasai Juventus dengan 70 mata yang diekori Roma dengan 62 mata.