suria

Middlesbrough Pecat Aitor Karanka

MIDDLESBROUGH memecat ketua jurulatih, Aitor Karanka ketika pasukan itu bergelut untuk mengelak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Kelab tersebut berada di zon penyingkiran selepas gagal melakar sebarang kemenangan pada tahun ini sekali gus sekadar mengumpul 22 mata untuk menduduki tangga ke-19 liga.

Boro hanya dipisahkan tiga mata di atas Sunderland dan menjaringkan hanya 19 gol sepanjang kempen 2016/2017,  kurang lima gol berbanding pasukan di tangga tercorot liga.

Pembantu pengurus, Steve Agnew dijangka mengambil-alih tugas yang ditinggalkan Karanka menjelang aksi melayan kunjungan Manchester United pada Ahad.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Middlesbrough kerana memberi peluang dan pemain, staf serta semua pihak yang bekerja bersama saya.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada penyokong atas sokongan mereka.

"Kelab ini sentiasa menjadi tempat istimewa buat saya dan saya berharap masa depan yang lebih baik untuk pasukan ini," katanya.

Boro tidak memenangi 10 perlawanan liga dan kali terakhir mengumpul tiga mata pada 17 Disember lalu.

Karanka mengemudi Boro sejak 2013 dan berjaya melonjak pasukan tersebut ke kancah Liga Perdana Inggeris pada musim ini selepas membantu kelab itu menduduki tangga kedua Liga Kejuaraan EFL pada musim lepas.


Middlesbrough, Aitor Karanka

Artikel Sebelum

Artikel Lain