BEKAS juara dunia dua kali Formula Satu (F1) Mika Hakkinen kembali menyertai pasukan McLaren sebagai 'duta bersama'. Finn,48, melengkapkan 130 perlumbaan grand prix bersama McLaren di antara tahun 1993 dan 2001 dan meraih 20 trofi kemenangan serta dua kali gelaran juara dunia (1998,1999). Hakkinen bakal bekerja sama dengan Pengarah Eksekutif Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Automitive, Mike Flewitt dan pasukan pemasaran. "Saya sentiasa menganggap McLaren adalah 'rumah' Formula 1 dan berada di hati setiap orang dalam pasukan ini. "Sudah tentu beberapa tahun lepas, McLaren berada dalam keadaan sukar, namun saya sentiasa percaya bahawa 'bila' lebih penting daripada 'jika' pasukan ini akan kembali hebat. "Dan saya mahu memainkan peranan untuk membantunya menjadi kenyataan. "Kembali bersama McLaren satu keputusan yang mudah bagi saya kerana kami tidak pernah putus hubungan," jelasnya.