JOSE Mourinho telah menyenarai pendek pemain tengah Chelsea, Willian dan bek tengah Tottenham, Toby Alderweireld sebagai sasaran untuk dibeli pada akhir musim ini. Yahoo Sport UK mendakwa pengurus Manchester United itu mahu mendapatkan pemain yang mempunyai pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris selain mampu melonjakkan diri mereka. Pada awal musim ini, Mourinho telah membawa Henrikh Mkhitaryan, namun pemain bernilai £26 juta dari Borussia Dortmund berkenaan terpaksa menunggu sehingga November sebelum dapat menyesuaikan diri. Alderweireld dilapor masih belum mencapai kata sepakat dengan Tottenham mengenai lanjutan kontrak dan memerlukan sebanyak £25 juta untuk menebus kontraknya. Bagi Willian pula, Mourinho pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain berkenaan pada Februari lalu. Pemain Brazil itu setakat ini hanya disenaraikan sebanyak 13 kali oleh Antonio Conte dalam kesebelasan utama Chelsea. Ketibaan dua pemain berkenaan dijangka akan membawa kepada pelepasan dua bintang United iaitu Wayne Rooney dan Ashley Young.