NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Mohd Joehari Mohd Ayub menganggap tindakan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Exco pertama di Sabah sebagai penghormatan terhadap negeri itu dan Sarawak. Naib presiden Keempat Persatuan Bola Sepak Sabah itu turut berbangga kerana tindakan berkenaan menunjukkan presiden memandang serius terhadap semua gabungan di bawah badan induk tersebut.