suria

Lompat Tinggi: Malaysia Raih Dua Pingat Pada Terbuka Australia

Lee Hup Wei

KUALA LUMPUR: Dua atlet Malaysia, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa, meraih dua tempat teratas acara lompat tinggi lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Australia 2017 di Pusat Olahraga Sydney Olympic Park,Sabtu.

Lee meraih pingat emas selepas melepasi lompatan pada ketinggian 2.24 meter, manakala Nauraj (2.21m), sementara atlet tuan rumah, Joel Baden memenangi gangsa dengan lompatan 2.18m, demikian menurut laman web Athletics Australia www.athletics.com.au.

Keputusan dicatat kedua-dua atlet negara itu rendah sedikit berbanding rekod kebangsaan dipegang Nauraj dengan 2.29m, yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2016.

Kejohanan di Australia itu adalah sebahagian daripada persiapan mereka sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur, yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan.-Bernama

Lompat Tinggi, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Lain