TIGER Woods akan terlepas kejohanan Masters Amerika Syarikat (AS) pada 6-9 April ini kerana bergelut dengan kecederaan belakang. Bekas pemain No.1 dunia berusia 41 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh sebenar dia akan kembali menyertai pertandingan kompetitif. Ia menandakan kali ketiga Woods terlepas kejohanan penting itu sejak penampilan pertamanya di Augusta National pada 1995. Woods juga tidak beraksi pada kejohanan tersebut pada 2014 dan 2016.