suria

Gol Berganda Hazard Tewaskan Man City

Aksi Eden Hazard ketika menjaringkan gol kedua buat Chelsea. Foto AP

EDEN Hazard muncul sebagai jaguh apabila mencatatkan gol berganda buat Chelsea ketika menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Khamis.

Permainan di kubu Stamford Bridge itu menyaksikan skor 2-1.

Dua gol pemain sayap itu diraih pada minit ke-10 dan ke-35.

Selang 16 minit selepas gol pertama Chelsea, Manchester United menyamakan kedudukan menerusi gol pemain, Sergio Aguero.

Bagaimanapun, Hazard kembali menambah mata buat Chelsea pada minit ke-35 dan skor terus kekal sehingga tamat permainan.

Kemenangan ini terus melonjakkan Chelsea pada kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 72 mata.

Tottenham Hotspur di tangga kedua masih jauh ke belakang dengan jurang sebanyak tujuh mata.

Manchester City pula dengan 58 mata, pada kedudukan keempat liga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain