suria

Kejohanan Wanita Dunia: Permulaan Baik Buat Nicol

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan SkuasyWanita Dunia 2017 yang berlangsung di Pusat Skuasy El Gouna di Mesir, Jumaat.

Pemain pilihan keenam itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain India, Dipika Pallikal 11-9, 12-10 dan 11-6.

Nicol yang mengintai kejuaraan kesembilan dunia, mengakui lawannya memberi tentangan sengit di awal perlawanan, namun beliau gembira mendapat kembali rentak pada set penentuan untuk meraih kemenangan tersebut.

"Saya memberi banyak ruang kepada lawan saya untuk melakukan serangan padaawal perlawanan, tetapi saya gembira dapat mengawal permainan dan mencapai sasaran.

"Saya mendapat kembali rentak pada set ketiga untuk menampilkan permainan sebenar saya," katanya seperti dipetik dalam laman sesawang kejohanan,www.elgounasquashopen.com.

Nicol, juara dunia lapan kali, akan berdepan pilihan ke-10, Annie Au dipusingan kedua pada Ahad ini, selepas pemain Hong Kong itu menumpaskan pemain daripada pusingan kelayakan, Rowan Elaraby dari Mesir 11-2, 11-8 dan 14-12 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu meraih kejuaraan dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014. -Bernama

Kejohanan Wanita Dunia, Nicol

Artikel Sebelum

Awas Misi PKNS - TCH

Artikel Berikut

Artikel Lain