suria

Chelsa Tewaskan Bournemouth 3-1, Terus Ungguli Kedudukan

Aksi Eden Hazard ketika menjaringkan gol ketika Chelsea menentang Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad. Foto Reuters

CHELSEA meraih tambahan tiga mata ketika bertanding ke kubu Bournemouth apabila menewaskan pasukan itu dengan 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Bertempat di Stadium Vitality di Bournemouth, selatan England, tiga gol hasil jaringan Adam Smith (17'), Eden Hazard (20') dan Marcos Alonso (68').

Kemenangan itu menjadikan Chelsea terus berada di puncak Liga Perdana Inggeris dengan 75 mata.

Pasukan di bawah pimpinan Antonio Conte mendahului kedudukan dengan tujuh mata meninggalkan Tottenham di tangga kedua.

Walaupun sebagai tetamu, Chelsea tampil lebih dominan dalam melancarkan serangan.

Gol Hazard pada minit ke-20 merupakan jaringannya yang ke-14 pada musim ini.

Tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Bournemouth meraih gol menerusi aksi Joshua King dari dalam kotak penalti selepas menerima umpan dari dari Benik Afobe.

Bagaimanapun sehingga ke akhir permainan, tiada gol tambahan daripada Bournemouth menjadikan skor 3-1, menyaksikan Chelsea terus mengungguli kedudukan teratas liga.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain