KETUA Jurulatih Iraq, Radhi Shenaishil dipecat apabila beliau gagal membimbing skuad negara berkenaan melepasi pusingan kelayakan pusingan B Piala Dunia bagi zon Asia. Pengendali berusia 50 tahun itu ditunjukkan 'jalan keluar' selepas Iraq tewas kepada Arab Saudi di Jeddah pada akhir bulan lalu. Pemecatan itu dibuat selepas kerajaan Iraq menyasarkan skuad negara tersebut layak ke Piala Dunia Rusia tahun depan. "Kami tidak berpuas hati dengan keputusan dan barisan kejurulatihan pasukan. Oleh itu mereka dipecat untuk digantikan dengan yang lebih baik. "FA akan bekerjasama dengan kerajaan dan Jawatankuasa Olimpik Iraq untuk menyediakan dana bagi menggantikan barisan kejurulatihan," jelas FA Iraq.