suria

Gol Sanchez, Ozil Selamatkan Arsenal

Reaksi Mesut Ozil sejurus selepas menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya. -fotoAFP

ARSENAL berjaya menundukkan Middlesbrough 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Riverside, awal pagi Selasa.

Dua gol The Gunners disumbangkan oleh Alexis Sanchez pada minit ke-42 dan Mesut Ozil pada minit ke-71.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Alvaro Negrado pada minit ke-50.

Kemenangan ini juga melenyapkan rekod Arsenal yang tidak pernah menang di kandang lawan dalam saingan liga perdana musim ini sejak tiga bulan lalu.

Kali terakhir The Gunners menang di markas lawan adalah pada 14 Januari lalu ke atas Swansea.

Keputusan ini membawa Arsenal naik ke posisi keenam carta liga dengan 57 mata, ketinggalan tujuh mata dari Manchester City yang berada di posisi keempat carta untuk memasuki zon Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam perlawanan liga seterusnya, skuad bimbingan Arsene Wenger ini akan berdepan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester.

Arsenal akan berdepan Manchester City minggu ini dalam separuh akhir Piala FA.

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain