suria

Kedah Nafi 'Mat Don' Pindah Ke JDT

ALOR SETAR: Kedah menafikan bahawa pemain kesayangan mereka Liridon Krasniqi bakal berhijrah ke Johor Darul Ta’azim (JDT).

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminunddin Omar perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dibangkitkan oleh ‘Mat Don’ sendiri yang masih mempunyai kontrak bersama Kedah sehingga 2018.

“Ramai penyokong kita mula gusar apabila mendengar berita ini, namun sebenarnya ia hanyalah khabar angin, jadi tiada yang perlu dibimbangkan,” katanya kepada Bernama.

Selain itu Aminuddin meminta para penyokong agar memberi ruang kepada KFA untuk memilih jurulatih baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang bakal menggalas tugas sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.

“Saya tahu penyokong merasakan prestasi Kedah semakin merosot berikutan berita perpindahan Cheng Hoe, selain pihak pengurusan KFA yang mengambil masa lama untuk mencari jurulatih yang baharu.

“Tetapi pada hakikatnya KFA sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan Kedah. Calon jurulatih memang sudah ada tetapi belum ditentukan lagi, kerana kita hendak tengok kebolehan dan keserasian mereka bersama pasukan Kedah,” katanya.

Janjinya KFA akan berusaha mendapatkan penganti terbaik Cheng Hoe dan berharap penyokong Kedah sentiasa berdiri teguh memberi sokongan kepada Kedah. -Bernama

KFA, Mat Don

Artikel Berikut

Artikel Lain