VALTTERI Bottas mencipta kejutan apabila meraih kemenangan pertamanya di Formula One.
Bottas, pelumba baharu Mercedes menang di Grand Prix Rusia, litar Sochi dengan catatan masa 1 jam 28 minit.
Dalam perlumbaan kali ini Bottas berjaya memintas Sebastian Vettel yang sebelum itu sempat memimpin perlumbaan.
Ketika Vettel menggunakan pit stop, Bottas mengambil peluang untuk memintas Vettel dan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen.
Sementara itu rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton menduduki tempat keempat di belakang Raikkonen.
Ini adalah kemenangan utama Bottas sepanjang kerjayanya dalam Formula 1 dan juga kemenangan pertamanya bersama Mercedes.
Kemenangan ini juga membuktikan bahawa Mercedes tidak salah memilihnya untuk menggantikan posisi Nico Rosberg.