suria

Jersi 'Away' Baharu United Lebih Ikonik

MANCHESTER United memperkenalkan kit terbaharu 'away' bagi musim 2017/18.

Rekaan terbaharu oleh pengeluar pakaian sukan terkemuka dunia, adidas yang mengambil inspirasi daripada jersi yang dipakai oleh salah seorang bekas pemain ikonik Ryan Giggs pada penampilan pertamanya di era Sir Alex Ferguson.

Menurut adidas, jersi terbaharu itu direka dengan bentuk bulat di bahagian leher dan diselitkan dengan panel jaringan.

Warna pula agak klasik dengan gabungan pilihan hitam serta kelabu bercorak yang menggambarkan 'memori yang diteruskan dengan masa depan'.

Giggs (kanan) bersama Lee Sharpe memakai jersi popular ketika meraikan kejayaan Piala Liga.

Skuad senior United memakai kit ketika musim 1990-92 yang menyaksikan Giggs pertama kali bersama skuad 'Class of '92' - skuad terbaik yang menjadi tulang belakang kejayaan United ketika itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain