GARETH Bale bersedia untuk meninggalkan Real Madrid dan berhijrah ke Manchester United. Menurut portal berita, The Independent mendakwa perpindahan itu berkemungkinan besar berlaku pada hujung musim ini selepas empat tahun bersama Real Madrid. Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez ingin mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu, namun pemain lain tidak menghalang Bale. Di sebalik perkembangan positif itu, bos United, Jose Mourinho lebih gemar untuk mendapatkan bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmaan berbanding Bale. Kelab Sepanyol itu enggan melepaskan Griezman dan mungkin akan kehilangan pemain Perancis itu sekiranya United sanggup membayar klausa perpindahan yang bernilai 89 juta Pound Sterling (RM498 juta). Bale direhatkan sejak Real Madrid tewas kepada Barcelona di gelanggang sendiri pada April lalu dan kini dia terdesak untuk kembali cergas menjelang perlawanan akhir menentang Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara di Cardiff, 3 Jun depan.