BARCELONA: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Sepanyol sekali gus merapat jurang mata Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) dengan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel kepada enam mata. Ia adalah kemenangan ke-55 pemandu Mercedes itu sepanjang kariernya. Hamilton menamatkan perlumbaan itu dengan kelebihan 3.4 saat di depan Vettel. "Pasukan melakukan tugas dengan baik hari ini. Itulah yang sepatutnya berlaku dalam perlumbaan ini... Sebastian amat pantas tetapi pasukan merangka strategi dengan bagus sekali," katanya. Dalam pada itu, pemandu Red Bull Racing, Daniel Ricciardo pula menamatkan perlumbaan di Litar Catalunya di tempat ketiga. Keputusan penuh: