suria

Penghargaan Di Stamford Bridge, Isteri Conte Sebak

Elisabetta Muscarello terharu mendengar nyanyian penyokong di stadium yang menyebut nama suaminya.

PENAMPILAN pertama Antonio Conte di Liga Perdana Inggeris berjaya mengangkat Chelsea sebagai juara musim 2016/17.

Terbaharu, Chelsea baru saja menang ke atas Watford dengan jaringan 4-3, awal pagi Selasa.

Tidak hairanlah seluruh Stamford Bridge bergema apabila penyokong menyanyikan lagu untuk dirinya sebelum perlawanan bermula.

Isteri Conte, Elisabetta Muscarello yang turut menyaksikan perlawanan itu dilihat sebak mendengar nyanyian untuk suaminya.

Conte pula membalas nyanyian tersebut dengan bangun dan bertepuk tangan tanda terima kasih kepada penyokong.

Selain membawa The Blues mengunci gelaran juara, jurulatih dari Itali itu juga berpeluang mencatatkan sejarah baharu untuk kelab ini, satu sejarah yang belum pernah diraih mana-mana kelab Inggeris sebelum ini.

Selepas menang ke atas Watford, Chelsea hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mencipta sejarah dalam Liga Perdana Inggeris.

Belum ada kelab yang mampu menutup musim dengan mengumpul 30 kemenangan dan Chelsea berpeluang melakukannya ketika berdepan Sunderland Ahad ini.

Setakat ini, hanya Jose Mourinho yang mampu memegang rekod tersebut dengan 29 kemenangan pada musim 2004/05 dan 2005/06, juga bersama Chelsea.

Stamford Bridge, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain