suria

Selepas 17 Tahun, AS Monaco Kembali Jadi Juara

-fotoAFP

AS Monaco mengunci gelaran juara Ligue 1 apabila menewaskan Saint-Etienne 2-0 dalam perlawanan di Stadium Louis II, awal pagi Khamis.

Dengan gelaran ini, Monaco berjaya memecahkan dominasi PSG yang selama ini menguasai saingan bola sepak Perancis.

Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe, menunjukkan persembahan mengagumkan dalam perlawanan ini dan turut menyumbangkan satu gol pada minit ke-19.

Secara keseluruhannya, Monaco menguasai seluruh permainan.

Serangan-demi serangan yang dilakukan oleh skuad asuhan Leonardo Jardim ini nyata memenatkan barisan pertahanan lawan.

Gol kedua Monaco diperolehi pada masa kecederaan menerusi Valere Germain.

Dengan mengumpul tiga mata di kandang sendiri, ia sudah cukup buat Monaco untuk memastikan gelaran juara Ligue 1 musim ini menjadi milik mereka.

Mereka sudah tidak mampu dikejar PSG yang ketinggalan enam mata dengan satu baki perlawanan.

Musim ini Monaco muncul sebagai sebuah pasukan yang kuat sekali gus menyekat dominasi juara, PSG dalam empat musim berturut-turut.

Ini adalah gelaran liga pertama Monaco sejak kali terakhir menjadi juara pada musim 1999/2000.

Penampilan gemilang Mbappe bersama ketajaman kemahiran Radamel Falcao juga berjaya membawa Monaco ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun kemaraan mereka disekat raksasa Itali, Juventus.

AS Monaco, Ligue 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hampir Milik Real Madrid

Artikel Lain