suria

Nicky Hayden Meninggal Dunia

BEKAS juara MotoGP, Nicky Hayden dilaporkan meninggal dunia lewat malam Isnin.

Pelumba kelahiran Amerika Syarikat berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang menunggang basikal di Itali Rabu lalu.

Pelumba itu dikejarkan ke unit rawatan rapi Hospital Maurizio Bufalini sejak lima hari lalu.

Namun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital tersebut.

Hayden dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala. 

Pelumba kelahiran Kentucky itu merupakan bekas juara dunia MotoGP yang menunggang Honda dan Ducati sepanjang 12 tahun sejak 2003 hingga 2015.

Kenangan manis terbaik bagi Hayden adalah menewaskan Valentino Rossi ketika bersaing merebut gelaran juara MotoGP pada tahun 2006.

Selepas itu, dia beralih arah menyertai perlumbaan Kejuaraan Dunia Superbike pada tahun 2015 dan turut memenangi gelaran sulungnya di Litar Sepang tahun lalu.

Nicky Hayden, MotoGP

Artikel Sebelum

Kedah Raih Laluan Selesa

Artikel Berikut

Artikel Lain